Wednesday, May 28, 2008

Kenduri Arwah....

This is an interesting entry I got from UKS....It gets me thinking of many practises that we do..most by following and not knowing why..basically Islam by tradition. Alhamdulilah..the chance we get to learn...we should explore the things we know and follow and the reasons behind them...Below is an example of the instances that we do things that may be conflicting....conflicts due to community issues ( eh..apa pula orang kata?) or intention is pure but it may not follow rulings. wallahualam...Whatever is the conflicts inside us are part of our jihad too...


In ummiku-sayang@ yahoogroups. com, wanfk wrote:>>

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) -"Perlu ke saya sediakan makanan danbuat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengahsedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanyaseorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercintakerana sakit kronik.

-->> Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun keranakenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah munculkembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yangdatang daripada keluarga yang susah.
> Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, sayameluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagaipandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.
> Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama,saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semuakhususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkandia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dankelemahan mohon tunjuk dan maafkan) > Amalan membebankan keluarga si mati > Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis)seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa UniversitiIslam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahimmenulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga simati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang. > Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafaribn Abi Talib, baginda bersabda: "Persiapkan makanan untuk keluargaJaĆ¢€™far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yangmenyibukkan mereka (kesusahan) Ć¢€" Hadith riwayat al-Tirmidhi & AbuDawud.
> Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah: 155-157)perlu disokong dan dibantu. > Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanyakesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lainseperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membacaal-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.
> "Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malampertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yangdipetik dari laman web tersebut
> Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaanharta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaanharta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawaamalan berkenaan perlu dihentikan.
> Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah > Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti MesirSyeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dandikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.
> Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimanadipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.
> Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apadibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepadamakanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya. "
> "Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (simati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalahdari perkara lebih haram.
> "Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannyabukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukanperbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." (rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

> Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruanganTazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' olehTuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarangkitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.
> "Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialahmengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid ataudi rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakanjamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orangsebagai kenduri Arwah.
> "Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dantiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz. > Kenyataan pahit dan mengejutkan (bold)
> Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit sertaboleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap merekayang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tulitanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.
> "Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnyayang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya
> "Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbidi dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggapbahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mestidilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi

> Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnyaterutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalamsuasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majliszikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.
> "Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah parasahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namunpernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahliluntuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan. Soalnya lagi jikaperkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka darimanakah punca amalan itu diambil.
> "Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebutsebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernahmenunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.
> Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalanagama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59:"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNyadan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapattentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) danRasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan harikemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baikakibatnya." -Az> >

No comments: